. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . |
|||||||
![]() |
|||||||
[ PRODUK KAMI ] |
|||||||
![]() |
|||||||
Merupakan perunding percetakan kepada agensi kerajaan dan swasta. Berdaftar di bawah Kementerian Kewangan dan mempunyai sijil Kontraktor Bumiputera. [Maklumat lanjut kepala bidang] Antara perkhidmatan One Touch Creative ialah memberikan perkhidmatan mencetak buku, majalah, buletin, poster, flyers, resit, beg kertas, kad nama, banner, fail dan lain-lain lagi. Dengan sokongan Yabedabedu.com, kami turut memberikan perkhidmatan aturhuruf rumi, jawi dan arab serta rekaletak dan susun atur grafik untuk majalah dan buletin, perkhidmatan rekabentuk kulit buku, majalah dan poster. Juga turut merekabentuk dan mencetak banner, bunting, backdrop dan billboard untuk cetakan inkjet. Sesuai dengan peredaran zaman, bermula tahun 2006, kami cuba memberikan perkhidmatan secara 'online', antaranya perkhidmatan rekabentuk dan mencetak kad nama, aturhuruf, logo, rekabentuk kulit dan ilustrasi. One Touch Creative sedang berusaha untuk memudahkan lagi para pelanggan berurusan dengan One Touch Creative. Satu Sentuhan Kreatif... Kepuasan & Bermakna! |
|||||||
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . |
|||||||
OTCSB TERUS MENDAPAT KEPERCAYAAN |
|||||||
Pelanggan & Pengujung Yang Kami Hormati! One Touch Creative Sdn. Bhd. terus mendapat kepercayaan pelanggan. Terkini, Dr. Irfan Khairi (ikon Jutawan Internet) melalui Irfan Khari Sdn. Bhd. menggunakan perkhidmatan kami untuk membuat layout dalaman dan mencetak buku "I Walked The Dollar" tulisan Dr. Saiful Bahri dan melalui proses ulang cetaknya baru-baru ini. Terbaru, beliau menggunakan perkhidmatan kami mencetak beg kertas untuk program "Revolusi Perniagaan Internet". Beg kertas tersebut digunakan sebagai cenderamata kepada peserta program tersebut yang ternyata banyak membantu usahawan berjaya dalam perniagaan di internet dengan menggunakan media social seperti Facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi. Begitu juga Bro. Razzi Rahman (Pelakon & Penyanyi popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila") serta Catriona (pelakon) menggunakan kepakaran kami dalam menguruskan percetakan buku Kamus Cinta serta barangan saguhati terbitan Golden Mind Publishing. Andai Irfan Khairi dan Bro Razzi Rahman mempercayai perkhidmatan kami, anda bila lagi? |
|||||||
![]() |
|||||||
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . |
|||||||
KAD NAMA :: Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan. Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita. Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniaagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniaagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik. Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita. CIRI-CIRI MENARIK :: Dengan saiz 52mm x 86mm, Kad ini dicetak dengan warna penuh menggunakan kertas 260gsm art card. Pilihan kertas yang berkualiti bagi ketahanan yang lebih baik. Dikemaskan lagi dengan lapisan Matte Laminate (lapisan terbaik) untuk menyerlahkan keunggulan & kredibiliti pemilik kad nama. |
|||||||
![]() |
|||||||
[KAD NAMA] |
|||||||
![]() |
|||||||
[BUKU] |
|||||||
![]() |
|||||||
[BANNER & BUNTING] |
|||||||
PERCETAKAN :: Dengan mesin offset yang kami miliki, kami dapat menjalankan cetakan offset satu warna hingga empat warna. PELANGGAN KAMI :: Kebolehan dan kemampuan kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, menjadikan kami antara pilihan agensi kerajaan dan swasta. Antara yang masih dan pernah menggunakan perkhidmatan kami ialah: - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) |
|||||||
Kerja Aturhuruf? :: Perkhidmatan ini merupakan proses awal bagi menerbitkan mana-mana buku, buletin, jurnal dan lain-lain lagi. Dengan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dengan kepala bidang 221001, kami layak untuk menerima projek-projek kerajaan. Kami mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja aturhuruf dalam bahasa Arab, tulisan jawi dan sudah tentu Bahasa Malaysia dan Inggeris. Kebanyakkan pelanggan kami adalah jabatan kerajaan seperti JAKIM, JAIM dan DBP. Terdapat juga permintaan dari universiti seperti UIA, KUIM dan pihak penerbit swasta seperti Darul Syakir Sdn. Bhd. Kami turut membantu penulis-penulis dari kalangan pensyarah dari UKM dan UIA khususnya menerbitkan bahan bacaan mereka sendiri serta bagi kegunaan para pelajar dalam kuliah mereka. |
|||||||
[BUKU ILMIAH] |
|||||||
Kerja Percetakan? :: Kami memiliki mesin offset yang mampu mencetak hingga 4 warna. Kami mencetak buku, majalah, buletin, fail, beg kertas (paper bag), kad nama, flyers, brosur, letter head, invois, bil, penanda buku, sampul surat, stiker, poster dan kotak. |
|||||||
[MAJALAH & BULETIN] |
|||||||
TAHUKAH ANDA? Promosi perniagaan perlu dibuat secara berulang-ulang bagi mendapatkan respon yang baik dari pelanggan. Kajian menunjukkan pelanggan akan berminat untuk melanggan perkhidmatan/produk kita bila mereka dihubungi lebih dari 5 kali (sekurang-kurangnya). Sebab itu, kita sering melihat iklan di media elektronik seperti televisyen atau radio disiarkan berulang kali. Begitu juga pengiklanan di radio. Bahkan terdapat banyak syarikat yang mengiklankan perkhidmatan/produk mereka dipelbagai media, baik media elektronik dan media cetak. Promosi berterusan amat perlu bagi meluaskan pasaran dan hubungan perniagaan. Begitulah perlunya pengiklanan bagi menjadikan perkhidmatan/produk kita dilanggan oleh pelanggan kita. Teruskan promosi, pelbagaikan media pengiklanan. Bagaimana dengan pengiklanan ANDA? |
|||||||
BEG KERTAS :: Penggunaan beg kertas amat releven untuk majlis-majlis atau karnival. Terdapat agensi kerajaan yang menggunakan beg kertas bagi diedarkan kepada para pengunjung bagi satu-satu majlis. Di dalamnya, boleh diletakkan buku aturcara program, buku cenderahati, flyers atau brosur maklumat agensi kerajaan tersebut serta beraneka barangan cenderamata seperti pen atau buku nota. Bagi swasta pula, ia digunakan untuk membekalkan para pengunjung contoh produk mereka atau flyers tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Tahukah anda pengunjung amat berminat mengunjung gerai/booth yang mengedarkan beg kertas? Anda akan melihat senario ini bila berkunjung pada mana-mana karnival atau program yang diadakan disekitar kita. Kami berpengalaman membekalkan beg kertas untuk kegunaan agensi kerajaan. Terbaru pada Karnival Pengguna 2006 sempena Hari Pengguna 2006 di Bukit Jalil. Maklumat lanjut >> |
|||||||
[BEG KERTAS] |
|||||||
DOKUMEN PERNIAGAAN :: Seperti bil, invois dan nota serahan (Delivery order) yang memerlukan cetakan salina atau berlapis (ply) dan berkarbon (carbonise) serta bernombor (numbering). Kami menyediakannya pada saiz-saiz tertentu dan sudah tentu terdapat banyak pilihan. Dari 2 ply - 6 ply serta pelbagai pilihan warna bagi salinan. Jua kepala surat (letter head) yang diperlukan bagi mana-mana perniagaan sekalipun. Dengan saiz standard A4, terdapat pilihan kertas yang pelbagai dari simili atau Conqueror Paper (terdapat 8 pilihan seperti Brilliant White Laid, Diamond White Laid, White Wove, Cream Laid, Vellum Laid, Peach Laid, Apple Green Laid dan Wedgewood Laid). Maklumat lanjut >> |
|||||||
[BUKU RESIT & LETTER HEAD] |
|||||||
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . |
|||||||
![]() |
|||||||
[PERTANYAAN] |
|||||||
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . |
|||||||
[OTCSB DI FACEBOOK - SILA LIKE KAMI - TERIMA KASIH] |
|||||||
| |
|||||||
| . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . | |||||||
TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN YANG ANDA BERIKAN KEPADA KAMI SELAMA INI! |
|||||||
One Touch Creative Sdn Bhd. No. 5-2, Jalan 3/9, Pusat Perniagaan Kajang Utama, |
|||||||
43000 Kajang Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8733 6246 Faks: 03-8733 7246 Emel: satusentuhankreatif@yahoo.com |
|||||||