![]() |
||
................................................................................................................................. |
||
:: PENGARAH :: PENGARAH URUSAN Ruhayat bin Mohd Nazir, 36 tahun. Beliau merupakan lulusan Universiti Jordan pada tahun 1998 dalam bidang Syariah (Pengkhususan Perundangan Islam). Telah menceburi bidang penerbitan selama 4 tahun bersama Awan Metro (M) Sdn. Bhd. Bermula sebagai Pembantu Editor dalam menangani buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang meliputi buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM). Membuat kerja-kerja suntingan buku sumber Kelas Fardhu Ain (KAFA) pada tahun 98 yang diterbitkan oleh Awan Metro (M) Sdn. Bhd. Kebolehannya dalam kerja-kerja rekabentuk ditambah usaha yang tak mengenal erti jemu menjadikannya editor yang turut sama mampu membuat kerja-kerja reka bentuk dan ilustrasi dalam mengendalikan satu-satu projek. Kebolehannya ini terbukti apabila beliau menangani buku Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4 sebagai editor dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 sebagai Pereka Bentuk untuk terbitan tahun 2003. Projek penerbitan ini dijalankan melalui kaedah komisi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasa Dewan Bahasa dan Pustaka. PENGARAH KEWANGAN Yuhanizu binti Mohd Nazir, 30 tahun. Pembabitannya dalam kerja-kerja pengurusan bermula dari awal penubuhan syarikat ini. Turut membantu merancang perjalanan dan perancangan syarikat agar berjalan secara sepadu dengan kekuatan dan kelebihan dalaman. Turut berkebolehan dalam kerja-kerja aturhuruf dan reka letak teks. PENGARAH PEMASARAN Zulhakim Hj. Ismail , 46 tahun. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia. Selepas sekian lama dalam bidang pendidikan, beliau menceburkan diri pula dalam bidang pengurusan dan berkhidmat dibeberapa agensi kerajaan. Pengalaman luas beliau dalam aspek 'Public Relation' dalam menyelesaikan tugasan di agensi kerajaan dimanfaatkan kini dalam memantapkan lagi pemasaran perkhidmatan syarikat. PENGARAH OPERASI Mohd Sazeli bin Mohd Nazir, 27 tahun. Graduan lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Universiti Islam Selangor. Memulakan kerjaya di syarikat ini. Dipertanggung-jawabkan mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pra cetak dan percetakan. ::KAKITANGAN:: EDITOR Dunya bin Dir, 36 tahun. Kemahirannya menguasai beberapa bahasa menjadi kekuatan syarikat dalam kerja-kerja penyuntingan. Graduan lulusan Universiti Putra Malaysia dalam Fakulti Bahasa Moden ini pernah bekerja sebagai Pensyarah Bahasa Sambilan di universiti yang sama. Memiliki sijil kemahiran mengenal jenis penyakit melalui Iridology (mata) dan pernah bertugas dalam bidang berkaitan di Sarawak. Beliau banyak membantu kerja-kerja penyuntingan terutama dalam menangani buku-buku terbitan Pusat Kajian, Universiti Islam Malaysia (UIA) yang diserahkan kepada pihak syarikat. EDITOR Ahmad Faisal bin Adnan, 36 tahun. Memiliki Diploma Pendidikan Malaysia Maktab Perguruan Islam, Bangi. Pernah bertugas sebagai kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Pembantu Perpustakaan dan berpengalaman luas dalam bidang pemasaran yang berkaitan dengan pengedaran buku-buku dan majalah untuk sekolah-sekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga di sekolah-sekolah swasta. Memulakan tugas sebagai editor di syarikat ini dengan menyelia projek-projek melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (Buku Kementerian Pendidikan Malaysia) yang diperolehi melalui Dawama Sdn. Bhd. KETUA PEREKA BENTUK Ramli bin Mohamad Napiah, 34 tahun. Memiliki Sijil Senireka Grafik dari EDI. Memulakan kerja di Kharisma Publication pada tahun 1997. Bertanggungjawab sebagai Pereka Bentuk dalam majalah UJANG. Bermula dari situ beliau terlibat dengan majalah VARIA LAWAK, LANUN, BULETIN LUBUK, SENARIO, HEBAT, K.O! dan PIOR. Pengalaman ini melayakkan beliau menyandang sebagai Ketua Pereka Bentuk dalam syarikat ini. Bertanggungjawab membina konsep setiap projek grafik dan memastikan seni serta mutu grafik terjamin di samping kepuasan pelanggan tercapai. PEREKA BENTUK Anis Hasnidar binti Idris, 32 tahun. Memiliki Diploma Komputer Grafik dan Senireka dari Cosmopoint. Memulakan kerjayanya di Bow Wow Visual Advertising Sdn. Bhd. Seterusnya di Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. dan Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kesungguhan dan minatnya dalam bidang ini meyakinkan kami tentang kemampuannya. Ini menyebabkan kami bersedia dalam menerima dan menambah projek-projek kami pada masa yang akan datang. PENGATUR HURUF Azlida binti Ibrahim, 27 tahun. Memulakan kerjayanya di syarikat ini. Membantu menguruskan kerja-kerja aturhuruf rumi, arab dan jawi. EKSEKUTIF PEMASARAN Mohd Kamal al-Marbawi, 37 tahun. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasaran. Pernah terbabit dalam pelbagai ajensi jualan langsung. Pernah bertugas di syarikat Karisma Maya sebagai Pegawai Pemasaran untuk pengedaran Majalah K.O!, majalah lawak berorentasikan pendidikan Islam. |
||
| ................................................................................................................................. | ||
:: kembali :: |
||